MELAKA, 17 APRIL: Berdepan pelbagai reaksi negatif termasuk herdikan kata-kata kesat ketika mengutip barangan terpakai tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39, untuk meneruskan pekerjaan itu bagi membesarkan empat anak perempuannya.